Isu Bezza ‘gula’: Perodua setuju beli semula dengan harga penuh

530

Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!” Itulah yang ditulis S.Nagakanni berhubung isu Perodua Bezzanya menerusi hantaran Facebook.

Menurtnya, dengan keputusan itu, dia tidak perlu lagi bayar bulanan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun akan menerima semula pemulangan wang.



“Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain.

“Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” tulisnya pada hantaran akaun Facebook.

Nagakanni berkata, dalam kejadian itu, dia terima kasih kepada semua yang membantunya bagi menuntut hak berkenaan dan berhutang budi dengan orang ramai.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.

“Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” tulisnya lagi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here