Volkswagen Golf GTI 2024: Naik taraf audio Harman Kardon dan paparan Head-up Display, harga RM252,990

264

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI yang dinaik taraf lengkap dengan sistem audio Harman Kardon dan ciri paparan Head-up Display. 

Ini Ciri Baharu Golf GTI 2024

  • Sistem audio premium Harman Kardon 480-watt meningkatkan lagi ambien dalaman GTI dengan 10 unit pembesar suara. Ia mampu memberikan pengalaman bunyi keliling yang mengasyikkan dan akustik mengagumkan.



  • Paparan head-up display memaparkan pelbagai maklumat penting pada ruang pandangan pemandu pada cermin utama. Maklumat- maklumat penting seperti kelajuan, navigasi dan sistem amaran memastikan pemandu sentiasa peka dan melihat informasi tersebut tanpa perlu mengalihkan mata mereka daripada jalan raya di hadapan. 

Dengan peningkatan baru ini, Golf GTI kini ditawarkan pada harga RM252,990.

Hot hatch itu menawarkan prestasi penuh kuasa dan meningkatkan pengalaman pemanduan dengan dijana enjin 2.0TSI turbo berkuasa 245PS dan tork 370Nm yang dipadankan bersama kotak gear 7 kelajuan klac basah DSG.

Reka bentuknya didatangkan dengan gril hadapan honeycomb dan kemasan GTI berwarna merah yang menjadi signatur rekaannya. 

Penampilan itu dilengkapkan dengan rim aloi Richmond bersaiz 18 inci yang sporty, angkup brek berwarna merah, serta lampu utama dan belakang LED sepenuhnya. 

Disempurnakan dengan IQ. Drive

Hot hatch itu disempurnakan dengan IQ. Drive iaitu sistem bantuan pemandu (Driver Assistance System, DAS) inovatif yang berfungsi membantu membuatkan perjalanan lebih selamat dan selesa. 

IQ. Drive terdiri daripada sistem Travel Assist dan Adaptive Cruise Control (ACC) yang menggunakan radar dan pelbagai alat pengesan untuk mengesan kenderaan di hadapan. 

Ciri Side Assist bertindak sebagai pemantau titik buta aktif, manakala Rear Cross Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu jika wujud bahaya apabila gear undur diaktifkan. 

Front Assist iaitu satu ciri Brek Kecemasan Automatik (AEB) yang menggunakan alat pengesan radar yang diintegrasikan pada bahagian hadapan GTI untuk sentiasa memantau jarak kenderaan di hadapan. Ia juga berupaya mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal yang melintas jalan. 

Ciri Lane Assist menggunakan sistem berasaskan kamera yang mebantu pemandu kekal dalam lorong yang betul. 

Golf GTI disokong oleh penyelenggaraan percuma selama lima tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here