Untuk tahun 2024, Modenas bakal membawa masuk tiga model baharu ke pasaran tempatan.
Model yang bakal diperkenalkan adalah sportbike dan dua buah skuter maksi iaitu :
- Modenas ZX-25RR
- Kymco AK550
- Kymco DTX 250
Kymco AK550
Produk pertama yang bakal lancar adalah Kymco AK550 yang mana skuter maksi itu akan berlabuh Jumaat ini.
Ia terkenal dengan reka bentuk sporty dan prestasi berkuasa menerusi enjin bersesaran 550.4cc DOHC yang menghasilkan kuasa 51hp @ 7,500rpm dan tork 52Nm @ 6,000rpm.
Skuter maksi itu dilengkapi dengan teknologi terkini misalnya throttle by wire, dua mod tunggangan (Standard & Rain), Kawalan Traksi, Kawalan Kruise, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) selekoh dan visor yang boleh dilaras elektronik.
Modenas ZX-25RR
Manakala produk kedua yang bakal lancar adalah Modenas ZX-25RR. Difahamkan, EMOS bakal memperkenalkan sportbike tersebut sekitar Februari.
ZX-25RR pasaran Malaysia hanya berbeza pada bahagian suspensi belakang berbanding ZX-25R SE sedia ada.
Difahamkan Malaysia bakal menerima suspensi jenis Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) boleh laras sama seperti yang digunakan pada Kawasaki ZX-25RR Indonesia dan ZX-10R.
Kymco DTX 250
Sementara, kelibat model intip skuter maksi DTX 250 dikesan menjalani ujian enduran tahun lalu.
Pelancaran rasmi skuter tersebut masih belum diketahui yang mana di pasaran luar ia menggunakan nama S250.
Penampilannya diambil daripada model DTX 360 menerusi ciri peralatan moden termasuk lampu LED penuh dengan lampu nyala siang (DRL), visor, panel meter LCD digital dan lain-lain.
Gabungan enjin 250cc menghasilkan kuasa 23hp dan tork maksimum 23.6Nm. Pecutan 0-100kmj boleh dicapai dalam tempoh 5 saat dengan pecutan maksimum 120kmj. Ini menjadikannya lebih berkuasa berbanding Elegan 250EX.