WMOTO Malaysia memperkenalkan skuter RT2 pada harga cadangan RM16,888 seunit. Pasaran tempatan menerima tiga pilihan warna iaitu :
- Metallic Gold
- Pure White
- Majestic Black
Skuter maksi tersebut dilengkapi dengan enjin bersesaran 246.9cc silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 17kw @ 7,500rpm dan tork 22.5Nm @ 6,000rpm.
WMOTO RT2 sesuai untuk tunggangan harian dan kegunaan di bandar menerusi dimensi panjang 2,080mm, lebar (785mm), tinggi (1,345mm) dan jarak roda 1,400mm.
Skuter dengan berat 183kg itu dipadankan dengan tayar bersaiz 110/80-14 (depan) dan 140/60-13 (belakang) bersama Sistem Brek Anti-kunci (ABS).
Antara ciri peralatan yang ditawarkan pada RT2 adalah :
- Visor penghalang angin yang boleh dilaras
- Kamera papan pemuka depan dan belakang yang mana rider dapat merekodkan perjalanan
- Sistem kunci pintar untuk hidup dan matikan motor
- Ciri Alarm Key Findings bagi membolehkan pemilik mengetahui lokasi skuter terutamanya di kawasan parkir
- Lampu depan LED 4-lensa mata helang dan lampu belakang LED bentuk L
- Ruang simpanan di bawah pelana dan bahagian depan, masing-masing didatangkan dengan port pengecas USB
- Tangki minyak bersaiz 12.6 liter
- Kerangka kotak muatan belakang (berat maksimum 5kg)
RT2 dilengkapi dengan suspensi depan teleskopik dan dwi suspensi di belakang. Pada tengah hendal tersedia skrin TFT yang memaparkan sistem pemantauan angin tayar (TPMS).
WMOTO Malaysia menawarkan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.