Nissan : Versi pengeluaran Hyper Force bakal direalisasikan, bukan sekadar impian

291

Nissan mendedahkan model konsep Hyper Force Oktober lalu pada acara Pameran Motor Tokyo.

Menurut pengeluar, model itu boleh dilaksanakan untuk versi pengeluaran dan projek impian itu mungkin boleh dipasarkan menjelang akhir dekad.



Penampilan yang dramatik menjadikan model konsep elektrik (EV) itu mencuri perhatian pengunjung. Ia bukan saja kelihatan berbeza secara dramatik daripada GT-R generasi R35, dan semua model Skyline sebelum ini, tetapi juga dikuasakan rangkaian kuasa elektrik termaju dengan kuasa 1,341hp.

Pengarah Reka Bentuk Program Nissan, Giovanny Arroba menyatakan bentuk, perkadaran dan posisi model itu tidak berdasarkan fantasi asli.

“Ia agak berani tetapi merupakan impian yang nyata untuk dicapai menjelang akhir dekad,” katanya kepada Autocar baru-baru ini.

Tambah beliau, maklum balas yang diterima adalah positif namun sebahagian peminat masih ragu dengan idea supercar elektrik. 

“Terdapat beberapa polarisasi, ada yang mengatakan tidak kepada supercar EV dan mengatakan kita harus melakukannya dengan ICE,” ujarnya. 

Walaupun Nissan tidak memberikan pengesahan mutlak bahawa konsep Hyper Force akan menjadu kenyataan, namun Ketua Eksekutif Syarikat, Makota Uchida memberitahu Autocar ingin membinanya, selagi pelanggan bersetuju.

“Kami adalah perintis EV dan inilah yang kami mahu lakukan.

“Jangkaan orang ramai berubah dan mereka tidak melihat kenderaan seperti dahulu dalam keperluan dan kehidupan mereka. Kami akan mendengar pendapat pelanggan tentang model konsep itu.

“Ini memberi gambaran kepada rancangan masa depan kami. Semua konsep yang ingin kami realisasikan perlukan persetujuan pelanggan,” jelasnya.

Nissan merahsiakan maklumat penting Hyper Force. Misalnya syarikat belum mengesahkan sama ada ia mempunyai dua atau empat motor elektrik.

Maklumat awal, EV itu akan menggunakan pek bateri solid termaju dan rekaan inspirasi GT-R. Ia boleh dilihat pada bahagian belakang yang mana terdapat empat lampu belakang LED bulat dan sayap belakang yang besar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here