Utama Berita Automotif Myvi dipandu warga emas Switzerland rempuh stesen minyak

Myvi dipandu warga emas Switzerland rempuh stesen minyak

315
Seorang warga emas Switzerland yang memandu Perodua Myvi merempuh stesen minyak di Taman Canning, Ipoh, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 77 tahun itu dikatakan mengalami kekejangan kaki kanan ketika berhenti untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Caltex  kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.

 
“Tiba-tiba dia diserang kekejangan kaki kanan dan tidak dapat mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kereta terbabas ke depan melanggar sebuah Yamaha Y16ZR lalu merempuh dinding kaca di situ,” katanya.
 

Susulan rempuhan itu, seorang wanita tempatan mengalami kecederaan di kaki kanan.

 
Bagaimanapun, pemandu Myvi dan penunggang motosikal berumur 29 tahun serta pemilik stesen minyak yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.
 

Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).



 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here