#Spyshot : Imej trak pikap BYD bocor atas talian, lancar tahun ini

305

Oktober lalu, imej intip trak pikap BYD bocor di media sosial. Terkini, satu set imej trak pikap China itu tanpa pemasangan kamouflaj tersebar atas talian. 

Kamouflaj hanya menutupi bahagian tertentu sekaligus menyerlahkan siluet trak pikap pertama BYD berkenaan. 



Walaupun saiznya tidaklah begitu besar, ia didatangkan dengan empat pintu dengan kapasiti lima penumpang. 

Laporan menyatakan versi prototaip sudahpun menjalani ujian enduran yang mana model hibrid bakal debut tahun ini manakala varian elektrik dijadualkan pada 2025.

Fascia depan menampilkan reka bentuk segi empat sama mirip dengan imej paten dan lakaran konsep sebelum ini.

Manakala lampu depan menampilkan susunan menegak yang menempatkan lampu LED berkembar dikelilingi lampu nyala siang (DRL) LED bentuk.

Saiz pelantar belakang juga tidak begitu besar yang kemudian dipadankan dengan lampu menegak dan cermin belakang yang besar. 

Bahagian kabin mengekalkan susun atur pusat kawalan signatur BYD menerusi skrin tengah yang besar dan dilengkapi kluster instrumen digital.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here