CFMOTO Malaysia rasmi memperkenalkan jentera 1250TR-G pada harga mula RM88,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
CFMOTO 1250TR-G didatangkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Nebula White dan Twilight Blue.
Jentera touring tersebut dilengkapi enjin 1,279cc V-Twin yang menghasilkan kuasa 140hp @ 8,500rpm dan tork 120Nm @ 7,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan dengan klac slipper serta quickshifter.
Bakal berada di pusat pameran bermula minggu depan, berikut ciri peralatan yang didatangkan pada CFMOTO 1250TR-G :
- Meter TFT antara muka multi media (MMI) bersaiz 12.3-inci
- Ketersambungan Bluetooth
- Sistem kunci pintar
- Visor pengadang angin dengan kawalan elektronik
- Sistem pencahayaan LED penuh pada lampu depan/belakang serta lampu nyala siang (DRL)
- Tiga mod tunggangan Sport, Comfort dan Rain
- Konfigurasi sistem bunyi JBL
- Sistem pemantau angin tayar (TPMS)
- Kotak barang sisi
Manakala keyakinan menghentikan atau memperlahankan motosikal diserahkan kepada dwi-cakera bersaiz 320mm (depan) dan cakera tunggal 270mm (belakang).
Kedua-duanya dilengkapi dengan kaliper Brembo serta tidak ketinggalan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi terbalik 48mm Marzocchi di depan dan pra beban boleh laras di belakang.
CFMOTO 1250TR-G dengan berat 304kg itu memiliki panjang 2,300mm, lebar (1,060mm) dan tinggi serta jarak roda (1,482mm).
Setiap pembelian CFMOTO 1250TR-G didatangkan dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.