Toyota GR Yaris dengan naiktaraf minor diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2024.
Hot hatch tersebut kini didatangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang mana sebelumnya hanya eksklusif manual 6-kelajuan. Tidak seperti Hyundai menggunakan sistem dua klac, Toyota memilih klac tunggal baharu atau Direct Automatic Transmission.
GR Yaris juga kini lebih kuasa dan tork menerusi modifikasi enjin 1.6 liter turbo 3-silinder yang kini menghasilkan kuasa 300hp @ 6,500rpm dan tork 400Nm @ 3,250-4,600rpm.
Pihak mekanikal melakukan naiktaraf menerusi peningkatan tekanan suntikan terus, pemasangan sensor intake baharu, omboh ringan baharu dan menambah sensor intake yang berbeza.
Perubahan terbesar pada kabin adalah panel papan pemuka yang memfokuskan pemandu menerusi kluster instrumen digital 12.3-inci seperti mana GR Corolla.
Paparan hiburan diposisikan semula dan dicondongkan 15 darjah ke arah pemandu. Reka bentuk sedemikian inspirasi daripada rali manakala punat start/stop diubah agar mudah dicapai pemandu ketika menggunakan abah-abah tempat duduk.
Kerusi pemandu juga direndahkan 25mm berbanding sebelumnya. Di samping itu, tersedia pedal shifter di belakang stereng.
Penampilan luaran GR Yaris diserlahkan menerusi bampar baharu dengan intake udara tersendiri dan lampu belakang LED yang menggabungkan pencahayaan bar, seperti hampir semua kereta baharu lain di luar sana.