Yamaha XMAX TECH MAX (2024) lancar di Thailand, harga RM29k

837

Yamaha XMAX TECH MAX (2024) diperkenalkan di pasaran di Thailand menerusi tawaran warna badan Magma Black.

Ia menerima naiktaraf sistem suspensi Ohlins Tech Max Limited Edition boleh laras yang kemudian dipadankan dengan fungsi rebound, pra beban dan compression. 



Harga skuter maksi tersebut adalah THB 224,900 (RM29,903) seunit.

Berikut speksifikasi Yamaha XMAX TECH MAX :

  1. Enjinnya bluecore 292cc penyejukan cecair SOHC dengan kuasa 27.6hp @ 7,250rpm dan tork 29Nm @ 5,750rpm
  2. Transmisi V-Belt automatik
  3. Skrin TFT 4.2 inci dengan ciri sambungan Y-Connect dan fungsi navigasi Garmin
  4. Skrin speedometer digital LCD bersaiz 3.2 inci
  5. Visor penghadang angin boleh laras
  6. Sistem lampu LED
  7. Kunci pintar, soket pengecas DC
  8. Sistem kawalan traksi (TCS)
  9. Ruang storan bawah pelana yang boleh memuatkan dua helmet muka penuh
  10. Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran
  11. Tangki minyak 13 liter
  12. Aksesori eksklusif Tech MAX menerusi lencana, pelana, cengkaman tangan, plat kaki dan pelindung bagasi depan

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here