Kereta sport nasional China, SC-01 masuki barisan pengeluaran

306

Pada 26 September 2022, Xiaomi dengan sokongan Teknologi Auto Tianjin Gongjiangpai mengumumkan akan membangunkan kereta sukan elektrik menggunakan nama Small Sports Car SC-01.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan dalam kalangan pelanggan yang sudah membayar deposit sedangkan SC-01 masih belum memulakan pengeluaran. 



Akhirnya, kereta sukan SSC SC-01 rasmi memasuki barisan pengeluaran. Kereta elektrik (EV) putih itu tampil dengan konfigurasi dua tempat duduk dengan harga jualan dianggarkan di bawah CNY300,000 (RM198,806).

Difahamkan, syarikat modifikasi kenderaan itu merancang untuk memulakan penjualan SC-01 di China tahun ini.

Berikut informasi tentang kereta sukan tersebut :

Luaran

  • Panjang: 4,105mm; lebar: 1,830mm; tinggi: 1,160mm dan berat sekitar 1,370kg
  • Ketinggian pusat graviti: 380mm, sasaran peringkat kereta lumba GT3 
  • Rekaan hud front-flip 
  • Cakera brek: 350mm
  • Rangka badan tiub keluli kromium-molibdenum, susun atur bateri pertengahan 
  • Cermin depan berlekuk bagi mengurangkan daya seretan dan mengoptimumkan aerodinamik

Kabin

  • Punat kawalan fizikal
  • Kerusi lumba
  • Sistem audio Edifier

Konfigurasi janakuasa

  • Motor elektrik: 320kW, 560Nm
  • Mod pemanduan sport, pilihan pacuan roda depan (FWD), belakang (RWD), empat roda (4WD) dan autonomi
  • Menggunakan teknologi pengurusan haba aktif
  • Jarak perbatuan: 520km
  • Pengecasan 30-80%: kurang 25 minit

Agihan berat SC-01 mirip dengan kereta sukan enjin pertengahan misalnya Lotus Elise dan Toyota MR2, mengambilkira posisi bateri kereta.

Bateri SC-01 akan mencontohi kereta sport enjin pertengahan klasik dengan kedudukan enjinnya di tengah-tengah kereta memastikan pengagihan berat seimbang antara keempat-empat tayar.

Ini bagi memaksimumkan daya tarikan semasa selekoh, brek dan pecutan. Teknologi Auto Tianjin Gongjiangpai menerima pembiayaan yang besar daripada Xiaomi bagi pembangunan produk tersebut.

Memandangkan pengeluaran Xiaomi SU7 oleh BAIC, ramai beranggapan SSC SC-01 mungkin dibina oleh BAIC. Bagaimanapun, maklumat ini masih belum disahkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here