Utama Berita Automotif Daim didakwa tidak isytihar 7 kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 unit...

Daim didakwa tidak isytihar 7 kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 unit hartanah

389
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta sewaktu pernyataan bertulis dengan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang, hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Menurut kertas pendakwaan, penyataan bersumpah Daim, bertarikh 8 November 2003, tidak mematuhi terma notis, di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009, dan menyebabkan beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak melebihi RM100,000.
 
Di samping 38 syarikat dan 25 hartanah, sebanyak tujuh kenderaan antara senarai aset milik Daim yang disebut dalam Mahkamah iaitu :
 
1. Mercedes Benz 600 SEL (No. Pendaftaran: KV8989)
2. Jaguar XJS HE (No. Pendaftaran: MP11)
3. Mercedes Benz 450SEL (No. Pendaftaran: WU11)
4. Mercedes Benz 450 SLC (No. Pendaftaran: KL11)
5. Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body (No. Pendaftaran: WY11)
6. Austin Morris (No. Pendaftaran: BG9290)
7. Ford Prefect (No. Pendaftaran: KX988)
 
Di samping itu, Tun Daim menegaskan pertuduhan yang beliau hadapi lebih kepada bermotifkan politik.

 
Tokoh korporat itu berkata, beliau ‘tidak sabar’ menunggu hari perbicaraan bagi tujuan membersihkan namanya.
Dalam menghadapi pendakwaan ini, Daim berkata, bukan nasibnya yang beliau risaukan, sebaliknya, kebimbangan hartawan itu lebih menjurus kepada masa depan negara.
 
Hakim kemudian membenarkan beliau diikat jamin pada kadar RM280,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mac 2024.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here