Inspektor polis direman tujuh hari disyaki rogol pengadu

627

Inspektor polis direman tujuh hari selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, kelmarin.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pegawai polis tersebut yang juga pegawai penyiasat berusia 38 tahun disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pegawai polis itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here