Pengguna Eropah lebih banyak beli Toyota GR86 berbanding Prius tahun lalu

258

Toyota merekodkan jualan 1,173,419 unit kenderaan tahun lalu di Eropah termasuk jenama Lexus. Namun, jualaan Toyota GR86 mencuri perhatian!

Model terlaris adalah Yaris Cross dengan rekod jualan 195,569 unit, diikuti Corolla (166,925 unit) dan C-HR (117,552 unit).

Yaris Cross

Namun, jualan 4,041 unit model Toyota GR86 mencuri perhatian yang mana melebihi Prius (2,755 unit). Mengapa lebih ramai memilih kereta sukan tersebut setelah mengambilkira terdapat banyak insentif kereta elektrik di Eropah.



Terdapat beberapa sebab antaranya Prius hanya dijual dalam janakuasa plug in hibrid tanpa varian pengecasan sendiri. Selain itu, penghantaran model baharu kepada pelanggan hanya bermula lewat tahun.

Kemudian seawal 2021, Toyota mengumumkan akan menjual generasi kedua kereta sport pacuan roda belakang sehingga penghujung 2024 di Eropah susulan peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat.

Perubahan perundangan ini juga akan memberi kesan pada kereta yang telah dibina dan belum dijual. Toyota berkata kenderaan itu perlu direka semula bagi memenuhi undang-undang yang lebih ketat. 

Justeru itu, mungkin pelanggan Eropah tergesa-gesa untuk membeli GR86 pada 2023, mengambilkira kereta sport itu bakal dikeluarkan daripada barisan model menjelang 2025.

Di samping itu, jualan kenderaan lain misalnya GR Yaris merekodkan 2,454 unit, Supra (939 unit) dan sedan Mirai (135 unit).

Selain itu, Toyota GR86 kini dipasarkan untuk pasaran Malaysia yang dijual bermula RM295,000. 

Ia adalah kereta sukan yang dibangunkan daripada pengalaman sukan permotoran antarabangsa TOYOTA GAZOO Racing. 

Memiliki enjin 4 silinder boxer berkapasiti 2.4 liter baharu yang menghasilkan 237 PS pada 7,000 rpm dan 250 Nm pada 3,700 Nm. Ia menggantikan enjin 2.0 liter yang digunakan sebelum ini. 

Enjin beraspirasi semula jadi (NA) memberikan tindak balas pendikit linear dan keupayaan untuk berputar dengan mudah ke rpm tinggi.

Pilihan kotak gear manual atau automatik

Jentera itu mempunyai pilihan transmisi kotak gear manual 6-kelajuan atau transmisi automatik penukar tork 6-kelajuan, yang kedua menampilkan paddel shifter. 

GR86 mempunyai lima kombinasi berbeza antara tetapan VSC dan TRC terdiri daripada sokongan penuh hingga dimatikan sepenuhnya (untuk pemandu berpengalaman).

Untuk memaksimumkan keupayaan pengendalian, GR86 dilengkapi dengan pembezaan gelinciran terhad pada gandar belakang. 

Di dalam kabin Toyota GR86, ia memiliki susun atur yang ringkas dan ergonomik yang memfokuskan pada pemanduan tulen. 

Bagaimanapun, keselesaan tidak dilupakan sama ada, dengan tempat duduk kulit premium dan suede menjadi standard dengan pelarasan manual 6 hala untuk pemandu.

Kesambungan Apple CarPlay dan Android Auto adalah sebahagian daripada sistem infotainmen multimedia yang mempunyai paparan 8 inci. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here