Perusahaan Singapura Scorpio Electric menandatangani kerjasama dengan BYD untuk menghasilkan motosikal elektrik untuk pasaran Asean.
Kolabrasi Scorpio Electric dan BYD itu berlandaskan pengeluar kenderaan elektrik daripada China itu selaku satu pemain terkuat di kancah EV, selain memiliki jaringan penjualan di seluruh Asia Tenggara.
Difahamkan ia akan menembusi pasaran Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam yang mana negara dalam proses mempercepatkan dalam adaptasi ke penggunaan kenderaan elektrik.
Kolabrasi Scorpio Electric dan BYD itu juga memanfaatkan jaringan besar BYD di pelbagai pasaran, difahamkan ia juga bakal menggunakan teknologi bateri BYD ke dalam motosikal elektrik Scorpio.
Bagi merealisasikan proses itu, Scorpio mendirikan sebuah Pusat di Shenzhen, China, tempat yang sama markas BYD.
Dikatakan bahawa langkah itu dilakukan untuk kawalan kualiti pada pengeluaran.
Buat masa ini, Scorpio X1 jadi satu-satunya model yang hampir mencapai tahap produksi. Skuter segmen premium itu dibekalkan bateri 10KW yang mampu mencapai tahap kelajuan maksimum sehingga 104km/j.
Pada 2021, Motoqar pernah melaporkan bahawa kenderaan elektrik Singapura pertama yang dinamakan Scorpio Electric, mendedahkan model prototaip X menerusi platform Facebook.
Model X1 direka bagi meningkatkan mobiliti urban, ketersambungan pintar menerusi aplikasi telefon bagi meningkatkan keselamatan di samping kecekapan dan keselesaan.
Tempahan awal skuter elektrik pemasangan tempatan itu sudah dibuka dengan bayaran pendahuluan AS1,000(RM4,150), manakala harga penuh AS9,800 (RM40,680).
Motor elektrik berkenaan mampu bergerak sejauh 200kmj dengan sekali cas dan kelajuan maksimum 105kmj.
Antara ciri peralatan yang ditawarkan adalah lampu depan LED yang digabungkan dengan lampu belakang lebih slim dan panjang. Skuter berkenaan boleh dihidupkan mahupun dikunci dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Selain itu, trenkuasa elektrik dipasangkan dalam swingarm sebelah yang menghubungkan hab roda belakang. Buat masa ini, skuter berkenaan perlu dicas di kemudahan awam dan pek bateri adalah jenis binaan dalam.