Mitsubishi Motors Corporation melancarkan secara perdana model kenderaan elektrik hibrid (HEV) baharu bagi MPV crossover Xpander dan Xpander Cross yang akan mula dijual di Thailand.
Selepas penampilan sulungnya model Xpander di Indonesia pada 2017, ia kemudiannya dilancarkan di rantau ASEAN, Amerika Latin, Timur Tengah dan pasaran lain, dengan Xpander Cross ditambah pada 2019 sebagai varian teratas siri itu.
Siri Xpander dijual melebihi 130,000 unit secara global pada tahun fiskal 2022. Ia menjadikan ketiga tertinggi daripada semua model Mitsubishi di belakang Triton2 dan Outlander.
Model HEV yang baru ditambah menggabungkan elektrifikasi tanda dagangan Mitsubishi Motors dan teknologi kawalan semua roda untuk meningkatkan daya tarikan siri Xpander ke tahap yang lain.
Dari segi dimensi, Xpander HEV ini membawakan ukuran sepanjang 4,595 mm, lebar 1,750 mm, tinggi 1,750 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm. Jarak kelegaan tanah adalah setinggi 195 mm, atau 205 mm untuk Xpander Cross.
Sistem HEV memberikan pengalaman pemanduan mesra alam dan menggembirakan yang unik untuk kenderaan elektrik.
Di samping itu, Kawalan Yaw Aktif dan teknologi kawalan semua roda yang lain melengkapkan pacuan dua roda untuk membolehkan pemanduan yang selamat dan terjamin.
Ciri utama adalah seperti berikut:
- Pemacu motor yang mesra alam dan berkuasa yang mana sistem HEV itu diambil daripada inspirasi PHEV
- Tujuh mod pemanduan yang baru: EV Priority, Charge, Normal, Tarmac, Gravel, Mud dan Wet.
Jentera itu dipacukan dengan kombinasi Penjana dan motor dengan output maksimum 85 kW digabungkan dengan enjin petrol 1.6 liter.
Ia menggantikan enjin 1.5 liter MIVEC yang asal kepada hibrid. Kini enjin 1.6 liter MIVEC berkuasa 95 hp dan 134 Nm, diikuti motor elektrik 116 hp dan 255 Nm. Transmisi pula dipadankan dengan transmisi e-CVT.
Ia juga dipadankan pam air elektrik pertama yang pernah digunakan dalam enjin Mitsubishi Motors untuk mengurangkan kehilangan mekanikal.
Pek bateri berkapasiti 1.1 kWh itu diposisikan bahagian lantai kereta, dan boleh mod pemanduan elektrik tulen pada jarak yang singkat.
Kadar penggunaan bahan api bagi Xpander HEV ini adalah sekitar 19.2 km/l atau 5.21 liter untuk setiap 100 km perjalanan. Ini meningkatkan penjimatan bahan api sekitar 10% berbanding model CVT enjin petrol.
Bahagian dalamannya menampilkan meter paparan kristal cecair (LCD) berwarna 8-inci, dengan pelbagai maklumat dipaparkan pada skrin untuk lebih mudah digunakan.
Turut dipaparkan maklumat HEV, seperti meter kuasa yang menunjukkan status Eko, Kuasa dan Caj selari dengan kawalan pemecut, selain aliran tenaga, kecekapan pemanduan EV dan baki bateri.
Dari segi harganya pula, ia dijual bermula RM121,463 untuk pasara Thailand.