Toyota Hilux wajah baharu di Australia, teknologi terkini dan penambahan teknologi 48-Volt

359

Toyota melancarkan versi facelift ketiga berturut-turut bagi Hilux generasi lapan di Australia.

Trak pikap popular jenama Toyota itu menerima pembaharuan dari segi gaya, teknologi dan penambahan teknologi 48-Volt kepada enjin 2.8 liter turbo diesel.

Tidak seperti Toyota Hilux 2024 versi Jepun atau Eropah, model Australia memperkenalkan wajah yang direka bentuk semula. 



Bamparnya lebih menarik daripada sebelumnya, dengan gril oktagon baharu yang diapit saluran udara  yang disemak semula dan plat skid gaya aluminium. 

Kemasan berbeza mengikut varian

Namun kemasannyabergantung kepada varian yang ditawarkan. Bagi varian SR, ia diperkemaskan bampar bawah berwarna perak, manakala SR5 menampilkan gril atas hitam, LED berwarna gelap dan aksen hitam berkilat.

Pembaharuan yang paling ketara adalah teknologi 48V pada turbodiesel empat silinder 2.8 liter. Cuma kenderaan ini tidak dilengkapi dengan istilah atau lambang hibrid untuk menggambarkan ia sebuah jentera hibrid ringan.

Sistem itu terdiri daripada motor/penjana elektrik, bateri litium kecil dan penukar DC/DC, membolehkan sistem berhenti/mula. 

Toyota mengatakan bahawa elektrifikasi meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 6 sehingga 10 peratus bergantung pada varian, selain mampu mengurangkan bunyi dan getaran.

Kuasa 203hp dengan tork sehingga 500Nm

Namun, rangkaian kuasa dengan bantuan teknologi elektrik ringan itu mampu menghasilkan 203 hp dan tork 500 Nm. 

Bagaimanapun, Toyota Australia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai sumbangan teknologi 48V dari segi kuasa dan tork. Bagi model spesifikasi EU, ciri itu menambah sehingga kuasa 16 hp dan tork setinggi 65 Nm.

Selain itu, ia didatangkan dengan ciri standard dengan sistem Multi-Terrain Select yang menawarkan enam mod pemanduan.

Bagi kemudahan lain, varian SR5 bersama-sama Rogue dan GR Sport menampilkan pad pengecasan tanpa wayar  bersebelahan penukar gear dan dua port USB-C belakang bersebelahan bolong penghawa dingin untuk versi double cab.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here