GWM Ora Good Cat menerima penarafan 5-bintang bagi Green NCAP, inisiatif bebas yang menggalakkan pembangunan kereta bersih, cekap tenaga dan tidak berbahaya kepada alam sekitar.
Kereta elektrik GWM yang menerima skor 97 peratus itu turut diumumkan sebagai pemenang Kereta Kecil Keluarga dan Kereta Elektrik Penuh NCAP.
Pemenang kategori diukur berdasarkan hasil pelepasan emisi, penggunaan tenaga atau bahan api, jumlah pengeluaran gas rumah hijau dan pelepasan yang berkaitan dengan pengeluaran dan bekalan bahan api/tenaga.
Bagi index pelepasan rumah hijau Ora Good Cat mendapat 9.8 poin manakala kecekapan tenaga pula 9.6 poin dan markah penuh bagi index udara bersih.
Penilaian Kitaran Hayat Green NCAP (LCA) diukur secara berasingan sebagai sebahagian daripada ujian. Ora Good Cat menerima anugerah ‘Pilihan Hijau’ pada 2023 hasil impak terendah pada iklim sepanjang kitaran lengkap hayat kenderaan.
Pengurus Teknikal Green NCAP, Dr Aleksandar Damyanov, berkata tanggungjawab udara bersih mungkin hanya terletak pada industri dan bukannya pada pengawal selia.
Green NCAP memuji Ora Good Cat atas kecekapan signifikan bagi pelbagai jenis keadaan di samping reka bentuknya yang aerodinamik dan kecekapan pengecasan yang tinggi serta harganya yang mampu milik.