BYD Yuan UP tiba di pusat jualan menjelang pelancaran rasmi di China

343

SUV kompak, BYD Yuan UP tiba di pusat jualan China bagi sesi previu buat pelanggan berpotensi menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada Mac.

Beberapa imej luaran dan kabin SUV tersebut bocor di media sosial yang mana harga jualan model itu dianggarkan sekitar CNY100,000  (RM66,946).

BYD Yuan UP merupakan tambahan model baharu di bawah siri Dynasty. Kereta elektrik (EV) kompak berasaskan e-Platform 3.0 ini lebih besar sedikit daripada Hyundai Kona EV.



Ia memiliki panjang 4,310mm, lebar 1,830mm dan panjang 1,675mm serta jarak roda 2,620mm.

Yuan UP mempunyai dua pilihan e-motor iaitu 70kW dan 130kW dan pilihan bateri (32kWj dan 45.1 kWj). Di atas kertas, ia menawarkan perbatuan sejauh 301-401km dengan sekali cas. 

Penampilan luaran dilengkapi dengan lampu utama LED, kemasan hitam pada tiang A, B dan C, bampar bersaiz besar dan unit lampu belakang yang ditarik sepanjang pintu bonet. 

Imej kabin Yuan UP menampilkan roda stereng bentuk D dengan empat jejari serta logo signatur Yuan (元) yang besar di tengah.

Kemudian BYD memilih kluster instrumen LCD 8.8-inci di belakang stereng dengan paparan head up serta skrin infotainmen yang boleh diputar bersaiz 12.8-inci.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah kerusi pemandu dan penumpang depan dengan ciri pelarasan, pengecas tanpa wayar, bumbung suria yang besar dan tombol gear kristal acah Volvo serta punat start/stop.

BYD Yuan UP menggunakan suspensi MacPherson di depan dan  torsion beam di belakang. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here