Proton merekodkan jualan bulan Januari sebanyak 12,882 unit melibatkan pasaran domestik dan eksport.
Ia mewakili peningkatan sebanyak 1.3 peratus berbanding Disember manakala Januari tahun lalu meningkat sebanyak 10.3 peratus.
Penghantaran model baharu Proton S70 pula merekodkan penghantaran 1,442 unit pada Januari dan menerima lebih 8,000 tempahan sejak pelancaran.
Sedan S70 juga memasuki pasaran eksport pertamanya di Brunei, apabila 15 unit dihantar sebelum pelancaran rasmi pada Februari.
Sementara itu SUV paling popular di Malaysia, Proton X50 merekodkan jualan 2,002 unit diikuti dengan Persona 1,846 unit.
Manakala Exora yang telah tamat pengeluaran tahun lalu, masih kekal relevan dengan jualan 203 unit.
Berikut rekod jualan Januari Proton mengikut model :
- Saga : 6,129 unit
- X50 : 2,002 unit
- Persona : 1,846 unit
- S70 : 1,442 unit
- Iriz : 523 unit
- X70 : 372 unit
- X90 : 365 unit
- Exora : 203 unit
Selepas menamatkan tahun 2023 dengan jualan mengagumkan sebanyak 70,184, Proton Saga memulakan tahun 2024 dengan jualan kukuh iaitu 6,129 unit.
Pegangan pasaran syarikat bulan Januari dianggarkan sebanyak 19.5 peratus iaitu 3.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.
Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 66,134 unit iaitu bersamaan dengan penurunan 15.6 peratus berbanding bulan Disember yang mana jumlah itu meningkat sumbangan jualan kenderaan akhir tahun yang lebih tinggi untuk penutupan tahun 2023.