Daihatsu sambung semula pengeluaran 10 kenderaan hujung bulan ini

243

Daihatsu Motor Co Ltd menyambung semula pengeluaran dan penghantaran 10 model kenderaan mini, termasuk Daihatsu Mira e:S dan Hijet di kemudahan Oita Kyushu.

Pengedar rasmi kenderaan kompak itu, memohon maaf atas kesulitan yang berlaku kepada pelanggan yang telah menunggu lama penghantaran, pembekal, syarikat jualan serta pihak yang berkaitan. 

Subaru Pleo Plus

Pada 30 Januari lalu, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) mengesahkan 10 model mini mematuhi standard piawaian Akta Kenderaan Pengangkutan Jalan berdasarkan keputusan ujian dengan pihak berkuasa pensijilan yang hadir.



10 model yang terlibat :

Daihatsu

  • Mira e:S
  • Hijet Truck
  • Hijet Cargo 
  • Atrai 

Toyota

  • Pixis Epoch
  • Pixis Truck
  • Pixis Van

Subaru

  • Pleo Plus
  • Sambar (Trak)
  • Sambar (Van)
Toyota Pixis

Berdasarkan pengesahan itu dan  pertimbangan komprehensif berdasarkan maklum balas pelanggan dan kesediaan pembekal serta lain-lain, Daihatsu memutuskan menyambung semula pengeluaran pada 26 Februari.

Manakala penghantaran kenderaan yang tertunda akan disambung semula pada 19 Februari.

Pihak Daihatsu juga menyatakan akan bekerjasama rapat dengan pembekal dan syarikat jualan di samping mengutamakan keselamatan dan kualiti serta memastikan model sampai kepada pelanggan secepat mungkin.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here