Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Kampung Tok Muda, Klang.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Menurutnya, pesawat ringan model BK 160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC), yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.
Norazman memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.