Lucid Air kereta peronda polis Arab Saudi, pertama dunia dengan dron atas bumbung

273

Arab Saudi memilih kereta elektrik (EV) Lucid Motors sebagai kenderaan polis peronda yang didedahkan pada Pameran Pertahanan Dunia di Riyadh, baru-baru ini.

Kenderaan polis itu menampilkan warna seragam hitam dan putih dengan kotak bumbung untuk membawa dron.



Pengangkut dron di atas bumbung itu disematkan dengan siren serta lampu strob dan untuk membuka dron berkenaan hanya dengan satu sentuhan punat.

Sedan Lucid Air didatangkan dengan beberapa pilihan pek bateri dan motor elektrik. Versi standard didatangkan dengan satu motor elektrik yang berkuasa 320kW dan tork 550Nm. 

Bateri litium ion 96kWh menawarkan jarak pemanduan sejauh 560km. Manakala varian dua motor pula menghasilkan kuasa 611kW yang mana pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3 saat.

Versi teratas Lucid Air Sapphire pula menghasilkan kuasa 920kW dan tork 1,938Nm dari tiga motor elektrik. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 1.89 saat.

Bagaimanapun, imej kabin tidak didedahkan. Tentunya Lucid mengemaskini kabin  bagi memenuhi keperluan khusus pegawai penguatkuasa undang-undang misalnya perlengkapan skrin tambahan dan peranti radio mudah alih.
 
Perkongsian strategik antara Lucid Motors dan Arab Saudi bukanlah baharu. Kerajaan Arab Saudi memegang kepentingan besar sehingga 60 peratus dalam Lucid Motors.
 
Kerajaan tersebut komited untuk membeli sehingga 100,000 EV sepanjang dekad yang akan datang. Lucid Motors merupakan pengeluar EV sport dan grand tourer asal Amerika.
 
Bahkan, syarikat itu juga membuka kemudahan pemasangan pertama antarabangsa di King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah, Arab Saudi tahun lalu dengan kapasiti tahunan 5,000 unit. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here