Kereta polis bantuan dibaling molotov

302

Sebuah kereta polis bantuan terbakar selepas dibaling bom molotov cocktail berhampiran stesen MRT Mutiara Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya Fakhrudin Hamid berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 1.52 pagi tadi.



Susulan laporan tersebut polis menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing di sebuah rumah di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Suspek berusia 26 tahun itu disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya yang menambah suspek juga melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Terdahulu, tular di TikTok memaparkan video seorang lelaki berhampiran sebuah kereta polis bantuan yang terbakar.

Lelaki itu turut mengaku membakar kereta berkenaan dan mendakwa berpuas hati dengan tindakannya itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here