[Video] ‘Test’ kereta pelanggan, pekerja bengkel rempuh enam kenderaan

1089

Akaun media sosial X @druglordfxdl memuatnaik satu video menunjukkan sebuah Honda Accord kemalangan dipercayai dipandu uji pekerja bengkel kereta di Puncak Alam, Selangor.

Video yang dikongsi pada Khamis itu menunjukkan sedan hitam berkenaan melanggar  kenderaan di kawasan parkir.

“Memang trend kedai test kereta customer sampai accident ke??! Semoga dipermudahkan urusan owner,” tulisnya pada kapsyen video.



Menerusi rakaman video itu, perakam tersebut menyatakan Honda Accord tersebut melanggar hampir enam buah kenderaan.

Difahamkan, pemandu terbabas sebelum merempuh kenderaan lain di kawasan pusat perdagangan komersial tersebut.

Pada video itu menunjukkan beberapa bahagian kenderaan yang dirempuh remuk pada bahagian depan dan sisi.  Bagaimanapun, waktu sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here