MPV Proton S70 versi bayangan Theophilus Chin

501

Proton dijadikan sebagai kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia sejak 1986. Bermula dengan Saga, Wira, Iswara, Waja, Preve dan seterusnya.

Baru-baru ini, tular imej Honda Civic dijadikan sebagai kenderaan MPV polis. Bagaimana pula sekiranya model baharu Proton S70 dijadikan kenderaan peronda?.



Pakar manipulasi foto, Theophilus Chin melakukan lakaran S70 menerusi varian Flagship X. Imej S70 semakin elegan dan garang apabila warna badan Snow White itu disematkan dengan seragam biru dan kuning PDRM.

Kemudian, bumbung suria digantikan dengan lampu beacon.

S70 dilengkapi dengan enjin 1,477cc turbo DOHC 3-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS @ 5,500rpm dan tork 226Nm @ 1,750-4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear dual klac 7-kelajuan bersama mod manual.

Manakala Civic menggunakan 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 180hp dan tork 240Nm bersama CVT. 

Bagaimana menurut anda?…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here