Tahun ini, Bulan Bintang tampil dengan pemasaran yang lebih hebat menerusi tawaran hadiah ‘Golden Ticket’ Nissan GT-R kepada pembeli baju Melayu bertuah.
Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, 27 mengumumkan tawaran istimewa itu bagi membalas jasa pelanggan yang sentiasa memberi sokongan sejak sembilan tahun lalu.
@bulanbintangfav Berebut la orang beli nak menang GTR #bulanbintang #bulanbintangfav
♬ original sound – Bulan Bintang Selangor – Bulan Bintang Selangor
Kempen ‘The Terrrrpaling Raya Bulan Bintang’ dengan peruntukkan RM11 juta itu diberikan kembali kepada pembeli.
“Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 samping percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik moden fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.
“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” jelasnya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci model Nissan GT-R yang menjadi hadiah utama berkenaan.
Nissan GT-R (2024) diperkenalkan untuk pasaran Jepun menerusi dua pilihan varian GT-R Premium edition T-spec dan Nissan GT-R NISMO Special edition.
Kereta sukan itu menerima perubahan kosmetik dengan rekaan bampar dan bentuk gril berkotak. Selain bampar, rekaan lampu nyalaan siang (DRL) LED tampil futuristik.
Nissan GT-R Nismo didatangkan dengan enjin 3.8 liter VR38DETT talaan khas Nismo yang menghasilkan kuasa 600PS @ 6,800rpm dan tork 652Nm @ 3,600-5,600rpm.