Tayar belakang tercabut, netizen puji skil rider masih boleh stabilkan Ducati Hypermotard

764

Penunggang Ducati Hypermotard mengalami detik cemas apabila tayar belakang tercabut ketika menunggang bersama isteri di sebuah lebuhraya. Bagaimanapun, lokasi dan masa kejadian tidak diketahui.

Menurut ciapan di media sosial X @twtbikers, penunggang hanya mengalami cedera ringan manakala penumpang belakang cedera di bahagian lutut.



“Biasa tengok tayar kereta tercabut, ini tayar motor Ducati Motor pula tercabut,” ciapan akaun tersebut. 

Pada video yang dikongsi, rider tersebut menunggang di lorong kanan lalu hilang kawalan. Tindakan pantas penunggang segera menukar ke lorong kecemasan dan dapat mengawal serta menstabilkan jentera dengan baik dipuji oleh netizen.

Rider menyedari insiden tersebut selepas isteri menepuk bahu lalu melihat tayar berkenaan bergolek di lorong kanan.

Selepas itu, pada video ketiga menunjukkan kedua-duanya terjatuh di lorong kecemasan dan motosikal mengelunsur ke depan.

Menerusi paparan mesej yang dikongsi pada ciapan tersebut dipercayai produk nut CNC aluminium selepas pasaran pada motosikal berkenaan didapati longgar dan bahagian jalur nut sudah lusuh. 

Namun, pemilik dikatakan telah mengetat komponen berkenaan sebelum bergerak. Selain itu, pada nut gandar belakang turut dipasang dengan pin kunci bagi memastikan keselamatan komponen tersebut.

Netizen kagum dengan skil rider yang dapat menstabilkan motosikal dengan satu tayar dan penumpang belakang yang kekal tenang ketika berdepan detik cemas tersebut. 

“Power gak tayar tercabut pun boleh balance lagi.. siap boleh tengok tayar tu melantun.”

“Fuhhh. What a skills. Power wei bole control with double rider then dgn rim tercabut. Paduuuu.”

“First time tgk video tayar belakang tercabut. Semoga rider selamat.”

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here