Sarawak bakal eksport hidrogen menjelang 2027

221

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin negeri itu berpotensi mengeksport hidrogen apabila siapnya hab hidrogen menjelang 2027.

Beliau berkata perkara itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan Sarawak kini sudah memiliki loji pengeluaran hidrogen dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd dan SEDC Energy.

Katanya Jepun dan Korea Selatan antara negara yang melahirkan minat untuk mendapatkan tenaga boleh diperbaharui.



“Sarawak kini berada di landasan yang betul. Kita bekerjsama dengan pemain-pemain industri tenaga seperti Gentari dan juga pihak Jepun dan Korea Selatan.

“Pada masa akan datang hidrogen bukan sahaja untuk kegunaan industri, tetapi juga untuk kegunaan domestik,” katanya.

Abang Johari turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian pembangunan di antara SEDC Energy yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Hardin dengan Sarawak Metro untuk pembangunan Loji Rembus H2 bagi menyokong Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching.

Perjanjian itu akan bertanggungjawab membangun, membina, mentauliahkan, mengendalikan dan menyelenggara loji pengeluaran hidrogen dan stesen pengisian.

Kemudahan loji dan pengisian rembus H2 adalah mengeluarkan, membekal, mengisi dan mengedar hidrogen serta produk-produk dan bahan berkaitan untuk sistem Transit Aliran Autonomi (ART).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here