Tempahan dibuka, Saic Motor Malaysia dedah spesifikasi MG4 dan ZS EV

224

Saic Motor Malaysia (SMM) mendedahkan spesifikasi dan anggaran harga bagi dua modelnya yang akan menjengah pasaran Malaysia.

“Hari ini bukan sekadar berkongsi kenderaan baharu, namun meraikan semangat untuk inovasi, melebihi sempadan dan keseronokkan pemanduan di jalan raya,” kata Pengarah Urusan SMM, Steven Du.

MG4



Tempahan sudahpun dibuka yang mana hatchback elektrik ini didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu:

  • MG4 Standard : harga mula RM104,000
  • MG4 Lux : harga mula RM129,000
  • MG4 Lux Extended Range : harga mula RM 149,000
  • MG4 XPOWER : harga mula RM159,000

Jenama dari China itu memiliki dimensi panjang 4,287 mm, lebar (1,836 mm); tinggi (1,504 mm) dan jarak roda 2,705mm.

Bahkan, SMM menyatakan hatchback lima pintu itu menggunakan bateri paling rata dengan ketinggian hanya 110mm dan ternipis dalam kelasnya.

MG4 menawarkan kabin yang cukup luas bagi lima penumpang namun masih mengekalkan nisbah badan yang sporty dan anggun.

Ruang but belakang menawarkan kapasiti antara 363 liter hingga 1,177 liter. Agihan berat 50:50 menawarkan pengendalian lebih baik, pergerakkan stereng secara langsung dan pengambilan selekoh lebih pantas.

Pengendalian pemanduan dioptimumkan dengan pacuan roda belakang (RWD) dan motor tunggal manakala hanya varian MG4 XPower mendapat pacuan semua roda (AWD) dan dua motor. 

Bagaimana pula dengan spesifikasi?, di bawah ini informasi ringkas mengikut varian:
 
  • MG4 Standard : Kapasiti bateri 51kWh dengan jarak 350km | output 170PS/250Nm | 0-100kmj : 7.5 saat
  • MG4 Lux : Kapasiti bateri 64kWh dengan jarak 435km | output 203PS/250Nm | 0-100kmj : 7.7 saat
  • MG4 Lux Extended Range : Kapasiti bateri 77kWh dengan jarak 520km | output 245PS/350Nm | 0-100kmj : 6.1 saat
  • MG4 XPOWER : Kapasiti bateri 64kWh dengan jarak 385km | output 435PS/600Nm | 0-100kmj : 3.8 saat

Sementara itu, tempoh pengecasan pula mengambil masa :

Di samping itu, ciri peralatan lain yang ditawarkan pada MG4 adalah fungsi LED pada lampu depan, belakang dan lampu nyala siang (DRL); rim 17-inci atau 18-inci (mengikut varian); pemanduan satu pedal, kluster instrumen digital 7-inci, skrin hiburan 10.25-inci, empat pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi kemasan kulit atau upholsteri fabrik, kamera 360 darjah, pengecas telefon tanpa wayar dan lain-lain.

Saic turut menawarkan bantuan keselamatan pemanduan termaju yang dikenali sebagai MG Pilot yang terdiri daripada :

  • Collision Warning (FCW) dan Automatic Emergency Braking (AEB) (pengesanan pejalan kaki dan basikal)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Traffic Jam Assistance (TJA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assistance (LKA)
  • Intelligent High Beam Assist

Manakala varian Lux, Extended Range dan XPOWER menerima tambahan Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Change Assist (LCA). Ia dilengkapkan dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan lalu lintas yang menghampiri ketika membuka pintu menerusi Door Opening Warning (DOW).

Tawaran perintah suara ‘Hello MG’ memudahkan operasi kawalan ketika pemanduan. MG iSMART pula membolehkan pemilik menghidupkan kenderaan dan menghidupkan pendingin hawa menerusi aplikasi telefon.

Ada tujuh warna ditawarkan termasuklah Volcano Orange, Holborn Blue, Dynamic Red, Arctic White, Camden Grey, Black Pearl, Monument Silver dan pilihan Racing Green matte bagi MG4 XPOWER.

Manakala varian MG4 Lux dan Extended Range menerima dua tona warna dengan bumbung hitam. 

MG ZS EV

SMM turut membawa masuk model SUV yang dikenali sebagai MG ZS EV pada anggaran harga RM129,000.

SUV segmen-B yang akan bersaing dengan BYD Atto 3 dan Hyundai Kona itu menampilkan lampu depan ‘Silverstone’ dengan 21 unit LED yang kemudian dipadankan dengan lampu belakang LED ‘Phantom’ yang direka semula.

Slot pengecasan diletakkan di belakang gril untuk akses mudah dan bukaan secara sisi. Kabinnya pula menampilkan papan pemuka dengan kemasan gentian karbon dilengkapkan dengan sistem kawalan sentuh dan paparan multi info digital penuh bersaiz 7-inci.

Ciri peralatan baharu termasuklah pengecas telefon tanpa wayar, perehat tangan bahagian tengah buat penumpang belakang dan kawalan suhu pendingin hawa automatik dengan corong aircon di belakang.

MG ZS EV didatangkan dengan bumbung panorama serta ruang but luas antara 448 dan 1,187 liter. 

Berikut spesifikasi ZS EV : 

SUV tersebut didatangkan dengan empat warna badan iaitu Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Monument Silver.

Kesemua model Saic didatangkan dengan waranti 7 tahun atau perbatuan 150,000km  (mana-mana tiba dahulu) dan 8 tahun atau 180,000km (mana-mana tiba dahulu) buat bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here