Volvo Car Malaysia (VCM) menaiktaraf ciri peralatan C40 Recharge Pure Electric bagi model 2024.
Pembaharuan yang diterima SUV tersebut adalah :
- Kereta elektrik (EV) itu kini memiliki kuasa maksimum 300kW menerusi generasi kedua motor elektrik magnet kekal belakang dan motor elektrik 117kW baharu pada gandar depan.
- Didatangkan dengan pek bateri lebih besar 82kWh berbanding 78kWh sedia ada.
- Pengecasan kini lebih pantas dengan DC 200kW yang mana isian bateri 10-80 peratus hanya mengambil masa 27 minit.
- Jarak perbatuan juga bertambah 100km dengan total 550km (WLTP).
- VCM turut memperkenalkan lampu depan piksel yang menggunakan sensor untuk mengawal pencahayaan depan dan mampu melaras tahap kecerahan di kawasan tertentu. Di samping itu, ia juga tidak menyilaukan pandangan kenderaan dari depan.
- Rim aloi 19-inci baharu dengan rendah seretan.
- Warna badan baharu Vapour Grey.
- Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi jauh aplikasi Volvo Cars.
Harga masih kekal sama iaitu RM288,888 seunit. VCM menawarkan rebat RM10,000 bagi pelanggan yang menempah Volvo C40 Recharge Pure Electric secara online yang sah sehingga 31 Mac ini.