Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sah EON Auto Mart (EAM), berpindah ke bilik pameran 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) baharu di Kuching, Sawarak.
Bilik pameran terbaru itu adalah terbesar Mitsubishi Motors di Kuching dengan keluasan binaan 18,000 kaki persegi.
Pusat 3S itu hadir dengan rupa yang segar dan selaras dengan identiti jenama Mitsubishi Motors, dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.
Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak, ia dilengkapi dengan pusat servis serba lengkap dengan sembilan ruang servis.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, langkah strategik itu adalah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik selepas melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan di Sarawak, terutamanya untuk trak pikap Triton dan crossover tujuh tempat duduk XPANDER.
Menurutnya, MMM terus memajukan pengembangan rangkaian pengedar dan berusaha secara progresif ke arah memperkenalkan model baharu Mitsubishi Motors di Malaysia.
“Sementara EON Auto Mart pula tidak asing lagi dalam keluarga Mitsubishi Motors dan menjadi rakan kongsi perniagaan sejak dua dekad lalu.
“EON Auto Mart mempunyai lapan bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara dan menjadi satu penyumbang utama kepada pencapaian MMM.
Kami yakin bahawa EON Auto Mart akan terus memberikan pengalaman pemilikan yang menyenangkan yang melebihi jangkaan,” katanya.
EON Auto Mart, Kuching dibuka:
- Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 7.00 malam
- Sabtu: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
- Ahad: 8.30 pagi hingga 5.00 petang