“Saya mula mencari dan mengumpul kesemua edisi ini pada 2013 apabila melihat ia menjadi buruan ramai selepas Yamaha menghentikan pengeluarannya pada 2010.
“Motosikal itu akan dicantikkan, diubahsuai dengan menambah kelajuan pada spesifikasi tertentu, sistem brek serta ekzos dan kosnya untuk sebuah motosikal ada yang mencecah lebih RM40,000 kerana itu nilainya di pasaran lebih mahal daripada kenderaan baharu,” kata mekanik itu.
Bayangkan, harga sebuah RX-Z yang juga sinonim sebagai motosikal ‘kapcai berkelas tinggi ‘ kerana hanya memiliki kuasa 135cc dengan sistem dua lejang yang buruk pun mampu mencecah RM10,000 hingga RM40,000!
Harganya juga boleh meningkat sehingga RM100,000 bagi kategori NOS atau stok lama yang baharu apabila kenderaan beroda dua itu diubahsuai dan dicantikkan menggunakan alat ganti tulen yang kini sukar diperoleh di mana-mana bengkel atau kedai motosikal.
“Ia jadi mahal sebab motosikal ini sudah tidak lagi dikeluarkan dan alat ganti atau aksesorinya sukar didapati.
“Benarlah kata orang, hobi ini mahal tetapi saya kumpul dan ubahsuai sikit-sikit ikut kemampuan, ada yang saya buat sendiri atau hantar ke bengkel di Klang untuk cantikkan.
“Mungkin ada yang menganggap kami ini pemboros tetapi sebenarnya ia adalah satu pelaburan juga apabila ada yang sanggup membeli dengan harga lebih mahal,” katanya.
PEMBELI BERPOTENSI
Biarpun mengetahui spesifikasi yang dibuat dan dicantikkan itu adalah salah serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa, Wan Noor Azmirulllah berkata semuanya dilakukan demi kepuasan selain aktif menyertai pelbagai program permotoran termasuk RX-Z Fighter Gathering Malaysia 2024 di sini, baru-baru ini.
Percaturannya ternyata membuahkan hasil apabila koleksi motosikal yang dipertandingkan itu berjaya merangkul pelbagai anugerah dan memberi peluang untuk Wan Noor Azmirullah membawa pulang wang tunai ribuan ringgit malah beliau turut didatangi pembeli yang berminat untuk mendapatkan koleksi motornya.
“Untuk program di Kuantan, saya tonjolkan RX-Z Catalyzer 2009 yang menggunakan alat ganti dan aksesori motosikal berkuasa tinggi kerana inginkan kelainan serta menampakkan ia lebih hebat dan garang.
“Motosikal ini saya tidak bawa atas jalan raya dan hanya untuk koleksi dan penyertaan dalam mana-mana program permotoran. Inipun dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda termasuk dari Terengganu ke Klang untuk proses mencantikkannya,” kata.