Naza Italia lancar Maserati GranTurismo, harga mula RM739k

203

Naza Italia memperkenalkan Maserati GranTurismo (2024) menandakan kembalinya ikon Maserati yang dicipta 75 tahun lalu menerusi A6 1500.

Coupe tersebut menggabungkan prestasi tinggi tipikal sebuah kereta sport yang selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Pasaran tempatan didatangkan dengan dua pilihan varian yang menggunakan enjin 3.0 liter turbo berkembar V6 dan transmisi KZF 8-kelajuan automatik: 



  • GranTurismo Modena : RM738,800
  • GranTurismo Trofeo : RM878,800 

Output Trofeo lebih berkuasa yang menghasilkan tenaga 542hp @ 6,500rpm dan tork 650Nm @ 3,000rpm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 320kmj.

Manakala varian Modena pula menjana kuasa 483hp @ 6,500rpm dan tork 600Nm @ 3,000rpm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 302kmj.

Keselesaan pemanduan diserahkan kepada suspensi depan double wishbone dengan paksi stereng “semi virtual” dan spring udara dengan kawalan redaman elektronik. Manakala bahagian belakang menggunakan jenis multi link.

Reka bentuk klasik Maserati dikekalkan menerusi bonet panjang dan  garisan bumbung yang rendah. 

Daripada segi teknikal, kereta sport itu menggunakan bahan ringan misalnya aluminium dan magnesium secara meluas serta keluli berprestasi tinggi. Penggunaan material sedemikian memerlukan ciptaan proses pembuatan baharu sekaligus menghasilkan tahap berat terbaik dalam kelasnya.

Kabin Maserati GranTurismo dilengkapkan dengan ciri peralatan inovatif termasuklah sistem hiburan terkini Maserati Intelligent Assistant (MIA) Multimedia, jam digital, paparan head up (pilihan tambahan) dan sistem Audio Sonus faber.

GranTurismo menawarkan dua konfigurasi audio berbeza iaitu sistem audio Premium standard yang menampilkan 14 pembesar suara dan sekeliling 2D, dengan output 860 watt dan sistem audio High Premium pilihan dengan 19 pembesar suara, bunyi sekeliling 2D dan 3D dengan amplifikasi berkuasa sehingga 1,195watt.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here