Chery Malaysia rasmi lancar Omoda E5, harga RM146,800

565

Chery Malaysia rasmi memperkenalkan Omoda E5 ke pasaran tempatan pada harga RM146,800.

EV itu bakal bersaing dengan model popular BYD Atto 3 dan Hyundai Kona.

Menyasarkan pengguna muda yang ingin beralih kepada teknologi hijau, ini fakta ringkas Omoda E5 yang perlu anda tahu…



  • E5 menggunakan motor kawat datar 3-in-1 yang kuat dan tiga sistem kawalan elektronik. Manfaat daripada tiga teknologi ini menyumbang kepada penggunaan tenaga  rendah sebanyak 15.5kwh/100km, jangka hayat bateri panjang sehingga 430km dan pengecasan pantas dari 30 kepada 80 dalam masa 28 minit.
  • Omoda E5 menggunakan Permanent Magnet Synchronous dan bateri litium besi fosfat (LFP) berkapasiti 61kWh.

  • Bateri LFP tidak berpotensi meletup atau terbakar seperti mana berasaskan jenis nikel. Bahkan Chery mendakwa bateri Omoda E5 memiliki ketahanan terhadap tusukan objek tajam dan lebih stabil ketika suhu panas.

  • Motor elektrik yang diletakkan pada bahagian depan berkuasa 201hp dan tork 340Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7.6 saat.

  • Dilengkapi dengan teknologi Vehicle To Load (V2L) sehingga 3.3kW yang menukar kenderaan elektrik menjadi sumber kuasa mudah alih. Ia boleh digunakan untuk menghidupkan kipas misalnya dan bukannya kegunaan jangka masa lama. 

  • Dimensi panjang Omoda E5 pula 4,420mm, lebar (1,830mm), tinggi (1,588mm), dan jarak roda 2,630mm. Manakala saiz butnya pula 483 liter.
  • Tahap NVH kabin juga dipertingkatkan dengan 62.9 desibel pada kelajuan 120kmj. 
  • Suasana kabin semakin menyenangkan dengan lampu ambien lebih 60 warna yang kemudian dipadankan dengan Sistem Bunyi Premium Sony.
  • Kluster instrumen digital dan sistem infotainmen masing-masing bersaiz 12.3-inci yang dikuasakan Qualcomm 8155.
  • Omoda E5 juga dilengkapi dengan kompartmen penyimpanan sejuk yang inovatif dan pengecas tanpa wayar 50W.
  • OMODA E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey dan Dark Black.

Demi ketenangan minda pemilik Omoda E5 dilengkapi generasi terkini Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) dengan 17 fungsi keselamatan iaitu :

  • Front Collision Warning (FCW), Multi Collision Brake (MCB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Door Open Warning (DOW)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Lane Departure Prevention (LDP), Lane Departure Warning (LDW), Lane Change Assist (LCA)
  • Blind-spot Detection (BSD)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assistant (TJA)
  • Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Driving Monitoring System (DMS)
  • Emergency Lane Keeping (ELK) dan Departure Reminder

WARANTI

Omoda E5 didatangkan dengan pakej waranti :

  • Jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km
  • Jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km
  • Jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km meliputi kuasa motor, unit kawalan kuasa motor, pengurusan sistem kuasa bateri dan unit kuasa kenderaan. 

Selain itu, pihak pengeluar juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika kesihatan bateri jatuh di bawah 70 peratus dalam tempoh jaminan. 

Pemilik Omoda E5 juga akan menerima kemudahan cas percuma apabila mengunjungi mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara.

Pembeli 2,000 terawal Omoda E5 akan menerima pakej khas iaitu pengecas wallbox, pengecas V2L dan kredit cas bernilai RM1,000 di rangkaian pengecas EVC.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here