Ekzos bising, polis sita lapan buah motosikal

372

Gara-gara ekzos bising dan menukar komponen lain yang menyalahi undang-undang, lapan buah motosikal disita dalam Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, Shah Alam, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pemeriksaan dijalankan membawa kepada sitaan melibatkan lapan buah motosikal dan pelbagai kesalahan lain.



“Tindakan berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pengubahsuaian terutamanya melibatkan ekzos akan memberikan gangguan kepada ketenteraman awam masyarakat setempat.

“Selain itu, kita sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang sebarang aktiviti tidak bermanfaat ini,” katanya.

Operasi bermula kira-kira jam 11 malam itu melibatkan seorang pegawai dan 12 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ujar beliau, pihaknya komited dalam memastikan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang antaranya pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi ditetapkan ini dapat dibanteras sepenuhnya.

Menurutnya, antara menjadi fokus adalah menunggang secara melulu dan berbahaya.

“Polis akan terus memburu mana-mana individu yang berdegil dan tidak gerun dengan hukuman dikenakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tiada kompromi kesalahan melibatkan samseng jalanan bagi memastikan keselamatan pengguna lain terjaga,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here