#TahukahAnda : Pekerja kereta api Jepun bina terowong khas buat kura-kura melintas di bawah rel

425
 

Jurutera kereta api di Jepun mencipta satu laluan khas buat kura-kura bagi menghalangnya berkeliaran di landasan ketika melintas lalu terbunuh.

Bekerjasama dengan akuarium Suma Aqualife di Kobe, West Japan Railways memasang terowong kecil yang membolehkan reptilia itu berjalan dengan selamat di bawah trek.



Lima parit konkrit berbentuk U dibina di dua stesen, Wilayah Nara berhampiran dengan poin suis berbahaya yang mana haiwan itu sering terperangkap. 

Terletak hanya dalam jarak yang pendek dari akuarium dan lautan, laluan itu menerima jumlah pelawat reptilia yang besar pada Mei dan September.

Kura-kura itu pada asasnya hanya menjalankan rutin harian dan perlu melintasi rel itu untuk sampai ke kolam. Apabila titik bilah rel bergerak, malangnya kura-kura itu terhimpit lalu mati. 

Terowong itu juga dibina bagi mengurangkan kelewatan kereta api selepas haiwan itu bertanggungjawab atas 13 gangguan perkhidmatan antara 2002 dan 2014 akibat terjatuh di ruang antara suis rel. 

Ia boleh menyebabkan kelewatan yang lama untuk operasi kereta api sehingga pihak syarikat perlu berunding dengan pakar kura-kura untuk mencari cara terbaik. 

Kakitangan kereta api juga melakukan pemeriksaan dengan kerap untuk mencari reptilia itu lalu dikeluarkan dan dihantar ke akuarium.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here