Polis tahan tiga geng ‘Awek Melaka’ buat aksi superman di lebuhraya

355

Polis menahan tiga remaja perempuan akibat menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi ‘superman’.

Tiga remaja perempuan yang merupakan penungang Yamaha Y15ZR itu berusia 16 hingga 18 tahun dari kelab motosikal Awek Melaka.



Kesemua mereka ditahan sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di sekitar Melaka Tengah dan di bawa ke balai polis trafik, Ibu Pejabat Daerah Rembau untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ketiga-tiga penunggang itu dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor.

“Mereka menjadikan Lebuhraya PLUS sebagai tempat untuk melakukan aksi merbahaya kerana terpengaruh antara satu sama lain.

“Sebanyak tujuh keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi X beberapa siri video yang memaparkan sekumpulan remaja wanita melakukan aksi ‘superman’ di tengah lebuhraya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here