Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengesahkan dan memberi jaminan tiada unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti dalam isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berbeza dengan maklumat pemilik sebenar.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, JPJ menjelaskan kejadian tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
“Jabatan ingin memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta.
“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.