Pemilik mengadu salji tutupi lampu depan Tesla Cybertruck pada waktu malam

232

Pemilik Tesla Cybertruck yang tinggal di kawasan lebih sejuk nampaknya berdepan isu dengan lampu depan trak pikap tersebut.

Menerusi perkongsian di platform X, pemilik kereta elektrik (EV) tersebut mengeluh bahagian lampu depan ditutupi dengan salji sehingga menjejaskan penglihatan pada waktu malam.



Pemilik akaun @teslainventory mendakwa awalnya dia berasa pelik kerana tiada pencahayaan ketika memandu sebelum melakukan pemeriksaan.

“Tertanya-tanya mengapa tiada cahaya lampu apabila memandu di jalan yang tiada lampu, adakah Tesla boleh ‘panaskan’ lampu depan?,” tulisnya.

Kemudian, pemilik memuatnaik imej bahagian depan trak pikap EV tersebut yang dipenuhi dengan salji sehingga menutupi bahagian lampu.

Bagi penduduk yang tinggal di iklim sejuk, salji akan mengumpul di bahagian lampu depan pada kebanyakan kenderaan ketika parkir. Jadi adalah penting untuk menggunakan berus bagi membersihkan bahagian tersebut. 

Bagaimanapun, fascia depan Tesla Cybertruck yang rata menjadikannya lebih terdedah kepada pengumpulan salji ketika berada di jalan raya.

Kedudukan lampu utama tersebut memburukkan lagi keadaan. Walaupun bar cahaya di bawah hud mungkin kelihatan seperti lampu depan, ia sebenarnya lampu nyala siang (DRL). Lampu depan terletak pada hujung bampar.

Bagaimanapun, Cybertruck bukanlah satu-satunya trak elektrik yang dibelenggu isu sedemikian.

Pemilik di Forum Rivian mengadu tentang isu yang sama sekurang-kurangnya sejak 2022. Walaupun lampu depan trak itu lebih tinggi di bahagian depan, namun ia masih boleh dilitupi salji dan ais, sama seperti Cybertruck.

Adakah Tesla dapat mengemukakan penyelesaian bagi isu tersebut tanpa memberi kesan pada estetika dan aerodinamik kenderaan?. Namun, cadangan @teslainventory tentang ciri pemanas lebih munasabah. 

Di samping itu, masalah tersebut bukanlah pertama kali berlaku bagi pemilik Tesla ketika musim sejuk. Sebelumnya, pemilik Tesla berdepan masalah untuk masuk ke dalam kenderaan gara-gara hendal pintu menjadi beku ditutupi ais. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here