#TahukahAnda: Bulatan jalan raya terbesar dunia terletak di Putrajaya

1178

Bulatan jalan raya terbesar di dunia berada di Putrajaya. Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tersebut menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

Turut dikenali sebagai Bulatan Putrajaya, ia memiliki diameter 3.5km yang dibina pada 1997 dan siap sepenuhnya dua tahun kemudian. 

Infrastruktur moden itu direka oleh arkitek terkenal, Hijjas Kasturi dan dirasmikan pada tahun 2003.



Bulatan tersebut menampilkan kira-kira 15 sistem jalan keluar masuk yang dibangunkan sekitar Istana Melawati, Taman Putra Perdana dan sebuah hotel mewah lima bintang.

Bahkan, ia juga merupakan akses utama ke beberapa lokasi tarikan Putrajaya termasuk Kompleks Perdana Putra dan Masjid Putra.

 

Sementara itu, Utusan melaporkan sebuah lagi bulatan lebih besar terletak di Trinidad dan Tobago di Sepanyol.

Queen’s Park Savannah yang memiliki saiz ukur lilit 3.7km secara teknikalnya merupakan bulatan terbesar di dunia.

Namun, ia masih belum diiktiraf secara rasmi kerana reka bentuknya yang tersendiri. 

 
 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here