Tidak cukup wang lepas bayar saman, polis hantar pulang warga emas

199
Seorang warga emas Tan Lee Bin, 76 dihantar pulang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Shah Alam kerana tidak memiliki wang yang cukup. 
 
Warga emas yang datang sendirian ke kaunter bayaran saman trafik itu melunaskan saman trafik susulan disenaraihitam.
 

Menurut perkongsian Facebook Friends of Trafik IPD Shah Alam, pihak berkuasa menghantar Tan pulang kerana kesihatannya yang tidak begitu baik dan tidak mempunyai wang yang cukup ke Puchong Perdana.
 
“Menurutnya, kenderaan beliau telah disenaraihitam dan perlu menjelaskan saman trafik terlebih dahulu sebelum menyambung cukai jalan dan insurans.
 
“Anggota trafik telah menghulurkan bantuan menghantar sendiri beliau yang tinggal di Puchong Perdana.
 
“Semoga ukhwah di antara PDRM dan masyarakat terus terjalin tanpa mengira bangsa dan warna kulit,” tulis hantaran itu. 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here