EMOS rasmi lancar Modenas Ninja ZX-25RR, harga RM36,500

511

EMOS rasmi lancar Modenas Ninja ZX-25RR pada harga RM36,500. Sebagai perbandingan Modenas ZX-25R SE berharga RM33,500.

Kedua-dua ZX-25R SE dan ZX-25RR didatangkan dengan sistem suspensi depan yang sama iaitu SFF-BP 37 manakala versi RR mendapat suspensi belakang Horizontal Back-link dengan BFRC Lite Gas.

Selain reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:



  • Enjin empat sebaris 250cc, dikuasakan dengan kuasa maksimum 34.5kW dan tork 22Nm.
  • Ciri elektronik yang didatangkan adalah Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Klac Assist & Slipper dan tiga mod tunggangan.
  • Kedua-duanya dilengkapi paparan skrin TFT dengan ketersambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideologynya.

Didatangkan dengan warna Lime Green/Ebony, Modenas Ninja ZX25-RR boleh didapati di  bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer akhir Mac ini.

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here