Kerap kemalangan di Malaysia, AIG henti perlindungan McLaren Singapura

981

Kes yang jarang berlaku, syarikat insurans kenderaan AIG memutuskan tidak melindungi supercar McLaren apabila melintasi Tambak.

Tindakan itu dibuat selepas tiga buah McLaren dengan nombor pendaftaran Singapura itu terlibat dalam satu kemalangan di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang pada 29 Oktober lalu.  

Pihak insurans menyatakan keputusan itu diambil susulan peningkatan luar biasa dalam kekerapan kemalangan teruk melibatkan McLaren di Malaysia.



KADAR KEMALANGAN MCLAREN MENINGKAT 

Mulai 1 April 2024, syarikat insurans berkata tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian akibat kemalangan yang berlaku di luar Singapura.

Tindakan itu mengejutkan salah seorang pemilik McLaren, Marcus Luah, 32 yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Saya tidak faham mengapa hanya McLaren. Sebelum ini banyak kemalangan melibatkan jenama lain di Malaysia. Saya agak pelik,” katanya. 

Dia yang merupakan ejen hartanah berkata AIG mengenakan kadar premium lebih tinggi iaitu lima kali ganda berbanding perlindungan insurans semasanya untuk pembaharuan polisi.

“Sudah tentu saya tidak akan kembali kepada mereka. Saya boleh faham jika ia dua kali, tetapi lima kali!,” jelasnya. 

TIDAK PERNAH LAGI BERLAKU KES SEDEMIKIAN

Broker insurans Eazy, yang pakar dalam insurans kereta mewah menjelaskan pendirian AIG jarang sekali berlaku. 

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk kereta berharga lebih daripada SGD 3 juta.

“Harga McLaren terbaharu 750S antara SGD1.5 juta dan SGD1.6 juta dengan sijil kelayakan.

“Premium tahunan untuk kereta seperti McLaren Artura antara SGD6,000 dan SGD10,000 untuk pemandu biasa dengan diskaun 50 peratus tanpa tuntutan.

“Kami mencari alternatif untuk pelanggan kami,” kata Ketua Eksekutif Eazy, Douglas Chia. 

MCLAREN PINDAHKAN KE INSURANS LIBERTY

Pengarah Urusan McLaren Singapura, Chong Kah Wei menyatakan tindakan AIG adalah kepentingan peribadi dan pihaknya masih ada rakan kongsi insurans lain, seperti Liberty.

“Kami sedang berusaha untuk memindahkan beberapa pelanggan kepada Liberty, supaya mereka dijaga. Sementara itu, kami sedang berbincang dengan AIG untuk melihat bagaimana boleh mengurangkan kesan kepada pelanggan sedia ada,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here