Sebuah video papan pemuka tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang Yamaha RX-Z merosakkan palang tol lorong SmartTAG di Plaza Tol Segambut, Kuala Lumpur.
Video yang dikongsi akaun Facebook Ong Zhi Xiang itu dipercayai berlaku 30 Mac lalu pada jam 6.32 petang berdasarkan informasi rakaman.
Aksi sekumpulan pemuda itu dikatakan samseng kerana menolak palang tol hingga patah dan tidak menggunakan lorong motosikal.
Selain itu, tindakan konvoi tersebut turut merbahaya kerana menunggang secara beriringan di laluan kereta.
Video itu mengundang kecaman dalam kalangan pengguna media sosial dan meminta pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan.
“Geng hobi mahal, tapi tiada otak, harap yang terlibat dapat beraya dalam ‘lokap’.”
“Motor habis beribu-ribu, tapi jumpa roadblock masing-masing menggelupur lari.”
“Pasal setengah perangai mamat rxz nilah semua org terpalit..pdrm tangkap jer..suh diaorg buat keja amal angkat palang tol secara manual sebulan..foc.”