SYM Malaysia memperkenalkan Maxsym TL508 menerusi naik taraf sesaran enjin. Skuter tersebut hadir dengan tiga warna iaitu Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black pada harga RM46,888.
SYM Maxsym TL508 akan mula dipasarkan pada Mei depan yang mana skuter itu menggunakan enjin 508cc silinder berkembar selari dengan kuasa 33.5kW @ 6,750rpm dan tork 49.9Nm @ 5,250rpm bersama transmisi CVT.
Skuter tersebut turut memiliki konfigurasi badan yang sempurna dengan pengagihan berat 50:50 untuk memastikan prestasi pengendalian yang cemerlang.
Maxsym TL508 dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terkini antaranya Kawalan Traksi (TCS) yang menghalang tayar belakang daripada kehilangan daya tarikan terutamanya menunggang pada permukaan licin.
Kemudian, ia dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran memberikan keyakinan ketika melakukan brek kecemasan.
Selain itu, Maxsym TL508 turut didatangkan dengan skrin TFT, sistem tanpa kunci, slot USB, visor angin boleh laras, tangki bahan api 12.5 liter dan sistem pencahayaan LED serta pelana ergonomik dengan ciri anti-gelincir.
SYM Maxsym TL508 didatangkan dengan waranti dua tahun dan perbatuan tanpa serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.