GWM Malaysia secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik keduanya untuk pasaran tempatan menerusi Ora 07.
Dikenali sebagai Lightning Cat atau Grand Cat, EV asal China itu didatangkan dengan dua varian iaitu:
LONG RANGE | PERFORMANCE | |
Jenis Bateri | Bateri litium iron fosfat (LFP) 83.5kWh | Bateri litium iron fosfat (LFP) 83.5kWh |
Jarak Pemanduan Sekali Cas | 640km | 550km |
Pacuan Roda | Motor Elektrik Bahagian Depan | Dua motor elektrik. Pacuan Semua Roda |
Kuasa | 201hp/340Nm | 402hp/680Nm |
Kelajuan Maksimum | 170km/j | 180km/j |
Harga | RM169,800 | RM189,800 |
Bagi dimensinya, ia memiliki panjang 4,871mm, lebar (1,862mm) dan tinggi (1,500mm) serta jarak roda 2,870mm.
Pesaing kepada Tesla Model 3 dan BYD Seal itu menampilkan rekaan badan fastback dengan daya seretan 0.22.
Ia kemudian dilengkapi dengan unit lampu utama bentuk oval LED dengan rim 18 atau 19-inci, spoiler belakang aktif dan pintu sisi tanpa bingkai cermin.
Ruang kabin yang selesa
Manakala pada bahagian kabin tersedia skrin hiburan 12.3-inci, kluster instrumen digital 10.25-inci, bumbung panorama bersaiz besar, sistem audio Harman Infinity dengan 11 pembesar suara, ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta pendingin hawa dua zon.
Buat masa ini, GWM Malaysia tidak mendedahkan maklumat pengecasan. Bagaimanapun, sama seperti Thailand, Ora 07 disokong dengan pengecasan AC sehingga 11kW dan DC 88kW.
Ia juga menyokong teknologi V2L sehingga 3.3kW yang boleh mengecas peralatan lain. Ora 07 didatangkan dengan pilihan warna badan Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White. Manakala kabin ditawarkan dengan warna hitam atau coklat.
Ciri Keselamatan
Demi ketenangan minda pemilik, Ora 07 didatangkan dengan sistem keselamatan standard lane departure system, bantuan kekal lorong, pengesanan titik buta, intelligent evasion, pengesanan papan tanda dan lain-lain.
Aspek keselamatan antaranya terdiri daripada kelengkapan sistem ADAS yang dibantu oleh 12 penderia ultrasonik dan kamera 360-darjah.
Lebih 20 ciri keselamatan maju terkandung di dalamnya, antaranya ciri bantuan meletak kenderaan, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, bantuan mengekalkan lorong, peninjau titik buta, pengesan papan tanda trafik dan lain-lain.
Waranti yang terbaik
Dari segi warantinya pula, ia ditawarkan sehingga enam tahun atau 150,000km. Selain itu, lapan tahun waranti atau 180,000km untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan motor elektrik.
Selain itu, GWM Malaysia turut menawarkan pertukaran bateri ‘one to one’ sekiranya kondisi kadar cajnya turun sehingga 70 peratus.