Stellantis Malaysia akan bawa masuk jenama EV China, Leapmotor

216

Stellantis Malaysia memulakan operasi pada Mac lalu dan syarikat itu berkongsi perancangan tahun ini menerusi pengenalan jenama baharu.

Stellantis menyatakan jenama Jeep akan kembali semula ke pasaran tempatan di samping kenderaan elektrik (EV) China mampu milik, Leapmotor, lapor portal Paultan. 

Ketua Pegawai Operasi Stellantis bagi pasaran Asean, Daniel Gonzalez menyatakan syarikat sedang berusaha memperkenalkan Leapmotor tahun ini ke pasaran Malaysia.



LEAPMOTOR T03

Apakah model pertama Leapmotor yang bakal masuk ke pasaran tempatan?. Kebarangkalian kereta kompak bandar T03.

Kereta elektrik didatangkan dengan tiga varian e-motor iaitu 40kW, 55kW dan 80kW dengan pilihan bateri 21.6kWh, 31.9kWh dan 41.3kWh. Sementara jarak perbatuan yang ditawarkan adalah antara 200km hingga 403km. 

Manakala dimensi panjangnya pula 3,620mm, lebar 1,652mm dan tinggi 1,605mm serta jarak roda 2,400mm.

HAK PEMASANGAN LUAR CHINA

Stellantis membeli 21 peratus pegangan saham Leapmotor dengan perjanjian USD1.6 bilion. 

Sebahagian daripada perjanjian, kedua-dua pembuat kereta mengumumkan usahasama dengan memberikan Stellantis hak eksklusif pemasangan, eksport dan menjual produk Leapmotor di luar China.

Pengawal selia China bulan lalu meluluskan usahasama itu yang mana Stellantis mempunyai 51 peratus kepentingan.

Leapmotor diasaskan pada 2015 dan memulakan jualan di China pada 2018. Barisan model semasanya terdiri daripada empat kenderaan iaitu C10 dan C11 crossovers, C01 sedan dan T03 hatchback. Pada 2023, Leapmotor menjual lebih 144,000 kenderaan di China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here