Audi terbakar di Puncak Alam, bomba masih siasat punca kejadian

356

Sebuah video tular memaparkan kenderaan jenis Audi Q5 terbakar sepenuhnya yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan anak jiran bermain bunga api.

Sebelum insiden, dikatakan terdapat bunyi letupan berhampiran lokasi kejadian di  taman perumahan di Alam Suria, Bandar Puncak Alam, Selangor. 



Bagaimanapun, seorang pemuda yang merupakan jiran mangsa menyatakan tiada kanak-kanak bermain bunga api ketika kejadian dan berkongsi imej rakaman litar tertutup miliknya.

“Lorong rumah aku ni bang..punca takda conclusion lagi bang..aku dah tengok video full cctv 30minit sebelum terbakar. Takde budak main bunga api pon,” ciapan faisalehsan.

Menurut individu yang berkongsi video kejadian, grup taman tersebut menyatakan terdengar bunyi letupan sebelum insiden.

“Orang taman kitorang share macam tu, saya share ja. Tengah nak dapatkan bukti. Diorang cakap ada bunyi meletup. Tak sure mercun atau tiba-tiba kereta meletup. Suspek mercun,” tulisnya.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.28 malam.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian, bekalan elektrik di rumah pemilik kereta jenis Audi itu terputus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here