Palsukan lesen memandu dan buat aksi superman, polis tahan empat mat rempit

204
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menahan empat lelaki berusia antara 21 hingga 29 tahun dalam Operasi Samseng Jalanan.
 
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, seorang pemuda ditahan dibawah Seksyen 29(1) AKK 1955 atas kesalahan memalsukan lesen memandu dan akan dituduh dibawah Seksyen 108 APJ 1987. 
 
“Manakala tiga yang lain ditahan atas kesalahan menunggang secara melulu dan merbahaya di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987,” tulisnya kenyataan media berkenaan.
 
Ketiga-tiga mereka dikesan sedang berseronok melakukan aksi superman di Lebuhraya DUKE pada awal pagi tadi.
 
Kesemua mereka akan dituduh dimahkamah dan bakal berdepan hukuman denda dan penjara.
 
Pihak JSPT KL menasihati orang ramai mematuhi kepada peraturan lalulintas serta tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here